Sunday, August 7, 2011

Camping ! ;)

Assalamualaikum. Anyonghaseyo everybody ;p. How was your 6 day of ramadhan? Hope semua enjoy dengan puasa anda. Hee. Okay. Kitew dah lama tak update blog. Eh kitew pun boleh. Err banyak sangat berlaku, sampai tak tahu  yang mana nak story. And end up, i just kept it up to myself jek.

Sebelum saya tak ingat, hari tu kita gi camping. Err actually latihan medan. Yang koko (ko kurikulum) Jabatan Pertahan Awam tu. Kat Manong, Kuala Kangsar. Best tapi penat dan annoying.hee. 


Tak mandi 2 hari wehh. Kau mampu?? Haha. tapi tak la tough sangat aktivitinya. Tapi for first timer aku yang nak rasa camping nie. Agak tak suka la mula mula tu.

Sampai kat sana dah 6.30 petang. Rupa rupanya ladang getah and lading sawit sebelah tu sungai. I mean lata.

Malam mula mula sampai tu buat aktiviti bodoh bodoh jek. Ice breaking katanya. Then pukul 12.30 malam tido. Tido dalam khemah jek, tapi masuk pukul 1.30 pagi si komander bolehh pulakk tiup wisel. (makna nya nak suruh kitaorang berbaris lahh tu). Dah habis ‘aktiviti menjadi orang gila’ dalam pukul 3.30 pagi. Dia kasi tido.

 Pukul 4 pagi boleh pulak hujan. Err lebat sampai khemah banjirr woo.. so tukar lah masuk khemah yang besar. Barulah boleh tido sampai pukul 6 pagi. Syok nya.

Pagi tu masuk hutan. Err aku nyaris nyaris jatuh lereng bukit seyh sebab licin sangat. Hehe. Nasib baik komander tu sempat sekat.
-___-. Then lepas masuk hutan tu, kitaorang semua kena guna kain batik, anduh, kayu pokok and tali buat stretcher angkut mangsa keluar dari hutan. 

Petang pulak kena buat aktiviti ascending and descending dengan river crossing. Hee teruk kut. Tak pandai lah aku nak guna benda tu. ;D

Time tunggu turn untuk turun tu, sempat la jugak dua jam aku tido. Penat. Petang tu sesi tido lah kot ramai. Laki perempuan semua tido depan jurulatih. Hee. Jurulatih masa tu pulak jenis yang memang tak kesah. Haha.

Malam pulak kena buat pakaian pengantin ngan suratkhabar. Yang perempuan cantik jek group aku buat. Tapi yang laki. Haramm.

Malam ke dua dalam pukul 12.30 dia bagi tido. Pukul 1.40 pagi AGAIIINNNNN!! Wisel bunyi. Ngantukk laa ngok!. Semua dah marah marah masa tu. Yelahh penatkan. 

Pagi tu kiteorang kena midnight walk masuk  kebun kelapa sawit. Mula mula masuk sorang sorang tapi dah lambat sangat sampai aku boleh tertido mimpi mase nak tunggu turn tu. Komander bagi masuk sorang sorang tapi cepat cepat. So plan dengan orang depan suruh tunggu aku dulu. Jalan ramai ramai baru syok. :p

Then pukul 4 pagi baru siap. And kitaorang masuk tido. Hari tu pukul 8 pagi baru dia panggil berbaris. Dah sarapan ada, stimulasi. Mandi sungai uolss!! Weee!! ;p. Syok. Dapat gak balas dendam setelah 2 hari tak mandi. Mandi dengan Lifebouy. Terbaik!









Lepas mandi tu ada majlis penutup sikit. Makan tengah hari. Lepas tu BALIIKKKK! Atas bus memang tido tak ingat dunia. Sampai bilik tu, tido. Maghrib baru bangun. Nikmat nya tido atas tilam, daripada plastik alas akar getah dan tanah. Huh! Sakit tulang belakang aku!  -_____- 

At the same time, aku tengah camping, QS Sport Weekend berlangsung. Hee. Tak rasa lagi Sport Day untuk sem ketiga. Alahaii.

No comments:

Post a Comment